UMNO Sabah hormat pandangan Rahman Dahlan, tegas parti kekal bersatu hadapi PRN17

KOTA KINABALU – UMNO Sabah menghormati hak Datuk Rahman Dahlan untuk menyuarakan pandangan peribadinya, sambil menegaskan bahawa keterbukaan sedemikian adalah cerminan kematangan politik dalam parti yang berpegang teguh kepada prinsip demokrasi.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau memahami maksud Timbalan Ketua UMNO Sabah itu, yang merujuk kepada peristiwa pada tahun 2022 apabila wujud perbezaan pandangan antara mereka dan menyifatkan itu perkara biasa dalam dunia politik.

“Saya juga maklum, bahawa keputusan yang diambil ketika itu bukan bersifat peribadi, tetapi ia hasil daripada persetujuan bersama dengan kepimpinan UMNO Sabah setelah mempertimbangkan segala implikasi secara menyeluruh.

“Perkara sudah berlalu dan kita harus hormati sejarah, tetapi kita tidak akan menjadi tawanan kepada masa lalu.

“Kami juga sedar terdapat media yang cuba memutar kembali cerita lama ini untuk mencorakkan naratif mereka dan di sini saya ingin tegaskan, bahawa UMNO Sabah hari ini kekal bersatu, fokus dan komited sebagai satu pasukan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN17) yang akan datang,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Khamis.

Tambah Bung, sebagai orang lama dalam politik, apa yang penting ialah bagaimana menyelesaikan setiap perbalahan dengan bijaksana dan berhemah.

Dalam pada itu, menurut Bung, misi UMNO untuk menang dalam PRN, persediaan dilakukan dengan rapi dengan memperkukuhkan jentera akar umbi, semangat yang diperbaharui dan agenda yang jelas untuk mengembalikan maruah serta tadbir urus yang berkesan.

“Dalam landskap politik hari ini sama ada di Sabah, mahupun Malaysia, langkah ini bukan sahaja mencerminkan kematangan politik, tetapi juga kesediaan untuk beradaptasi demi kepentingan rakyat dan kestabilan negeri,” katanya.

Related Posts

TYT Sarawak terima warkah jemputan Sambutan Hari Malaysia 2026

KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima warkah jemputan rasmi bagi menghadiri Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 yang akan berlangsung di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabung Kasih @HAWANA salur lebih RM729,000 santuni warga media seluruh negara

KUCHING – Kementerian Komunikasi menerusi inisiatif Tabung Kasih @HAWANA terus komited menyantuni dan menjaga kebajikan pengamal media, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM729,300 telah disalurkan kepada 845 penerima di seluruh negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahkamah lepas, bebas Muhyiddin daripada empat pertuduhan RM200 juta

Mahkamah lepas, bebas Muhyiddin daripada empat pertuduhan RM200 juta

TYT Sarawak terima warkah jemputan Sambutan Hari Malaysia 2026

TYT Sarawak terima warkah jemputan Sambutan Hari Malaysia 2026

Tabung Kasih @HAWANA salur lebih RM729,000 santuni warga media seluruh negara

Tabung Kasih @HAWANA salur lebih RM729,000 santuni warga media seluruh negara

Isu Baja 3: Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pengguna Facebook

Isu Baja 3: Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pengguna Facebook

JPJ buka bidaan siri H sempena Hari Malaysia

JPJ buka bidaan siri H sempena Hari Malaysia

Isu jenaka agama: ADUN Tellian buat laporan polis, gesa henti sentuh 3R

Isu jenaka agama: ADUN Tellian buat laporan polis, gesa henti sentuh 3R