‘Malaysia For Sabahan’ lebih inklusif, naratif baharu tangkis perpecahan perpaduan

TAWAU – Slogan ‘Malaysia For Sabahan’ perlu diketengahkan memandangkan ia lebih inklusif sebagai naratif baharu untuk menangkis fahaman sempit yang bersifat memecahbelahkan perpaduan nasional.

Ketua Sekretariat War Room UMNO Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, slogan ini wajar diangkat kerana ia lebih luas dan diterajui UMNO-Barisan Nasional.

“Oleh itu, saya berharap isu ‘Sabah For Sabahan’ ini dijawab dengan kaedah ‘Malaysia For Sabahan’. 

“‘Sabah For Sabahan’ pada saya skopnya kecil tapi kalau ‘Malaysia For Sabahan’ skopnya cukup besar,” katanya kepada media selepas lawatan kerja pada projek Pembinaan RKAT di Kem Kabota di sini, pada Khamis. 

Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut memberi contoh ramai anak Sabah yang menjawat jawatan penting Kerajaan Persekutuan yang membuktikan ‘Malaysia For Sabahan’. 

Antaranya KSU Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik; SUB Kementerian Kewangan, Alan Abdul Rahim; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Zinin. 

Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat kira-kira sehingga 300,000 rakyat Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia menggambarkan keterangkuman dan semangat kebersamaan yang menjadi tunjang pembinaan negara bangsa.

Related Posts

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

KOTA KINABALU – Sabah muncul sebagai negeri mencatat jumlah pendaftaran tertinggi bagi kategori baharu Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melibatkan Sektor Pengangkutan Darat (Persendirian Syarikat – Jip dan Pikap), sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

PKR nafi Nicky Liow ahli parti

PKR nafi Nicky Liow ahli parti

Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

Kolej Tingkatan Enam Sepanggar catat pencapaian membanggakan, 11 pelajar raih PNGK 4.0

Kolej Tingkatan Enam Sepanggar catat pencapaian membanggakan, 11 pelajar raih PNGK 4.0

Sekretariat SMJ rancang sesi libat urus berkala bersama pengamal media

Sekretariat SMJ rancang sesi libat urus berkala bersama pengamal media