Zahid dijangka rasmi Perwakilan UMNO Lahad Datu, harap menang kesemua 4 DUN

LAHAD DATU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadual merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Lahad Datu Ogos depan sekali gus memberi gambaran jelas UMNO meletakkan harapan tinggi untuk memenangi semua kerusi yang ditandingi di kawasan ini, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Presiden UMNO akan merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu pada 3 Ogos ini. Kenapa? Sebab Presiden UMNO mengharapkan kalau bertanding empat (kerusi), empatlah menang.

“Itu harapan. Kalau tidak Presiden UMNO tak akan datang,” katanya kepada media pada Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Masyarakat UMNO di D’Ceria Ballroom, pada Selasa.

Menurut Ahmad, laporan dan penilaian semasa berkenaan Parlimen Lahad Datu sedang dikumpul dan terdapat pasukan Khas termasuk dari Terengganu ditempatkan di kawasan ini.

“Saya tidak boleh terlalu optimistik, tetapi saya juga tidak boleh pessimistik. Saya meletakkan harapan. Semoga jika ditakdir kita bertanding empat kerusi, saya harap empat-empat dimenangi oleh UMNO dan BN.

“Dan kita tahu bahawa selepas pemilihan pada 2022 hari itu, Bahagian, sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bekerja siang malam menyediakan diri dan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

“Jadi dengan itu saya ada keyakinan. Kita mesti terus bersedia sehingga saat akhir,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad juga tegas bahawa UMNO di Sabah bukanlah parti Malaya sebaliknya Parti tempatan atau lokal dan parti Nasional.

Jelasnya, semua pemimpin UMNO Sabah merupakan anak jati negeri ini dan bukan dari Semenanjung sekali gus menepis dakwaan UMNO sebagai parti Malaya.

“Mereka yang menyebut parti Malaya ini perlu menyadari tentang hakikat bahawa parti mereka sendiri pun baru setahun jagung.

“Dibandingkan umur kami ( tiga dekad) berjuang lebih lama di Sabah ini, tentulah lebih banyak jasanya untuk rakyat negeri Sabah. Jadi jangan dianggap UMNO sebagai parti Malaya.

“Dalam komponen BN ada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) manakala PH pula turut dianggotai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) masing-masing parti tempatan.

“PH, parti lokal dan nasional. BN, parti lokal dan nasional. Itu saya kira terminologi yang selayaknya diberikan kepada BN-PH dalam PRN kali ini,” tegasnya.

Related Posts

AMH gesa menteri dan timbalan menteri BN letak jawatan

ANGKATAN Muda Harapan (AMH) menggesa semua Menteri dan Timbalan Menteri Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan untuk meletakkan jawatan daripada kabinet. AMH berkata, gesaan itu susulan perkembangan politik terkini menyaksikan BN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin pentadbiran Aminuddin wajar diteruskan, rayu sokongan pengundi Negeri Sembilan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Negeri Sembilan agar terus memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membolehkan kerajaan negeri di bawah pimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia