MCCC Sabah sasar jana RM5 juta untuk perkasa ekonomi ahli

KOTA KINABALU – Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Sabah terus memperkukuh keusahawanan dan menjana manfaat ekonomi kepada ahlinya dengan sasaran mengumpul RM5 juta sebagai modal permulaan.

Naib Presiden MCCC, Soo Kuan Hong berkata, usaha berkenaan bagi melancarkan operasi, pembangunan platform dan projek keusahawanan melalui penubuhan Koperasi Usahawan Utama Sabah Berhad.

“Koperasi ini akan dibuka kepada penyertaan ahli-ahli MCCC Sabah dan dirangka sebagai sebuah platform penting untuk mendorong kerjasama ekonomi, penyepaduan sumber dan pembangunan berasaskan platform.

“Ia bertujuan untuk mewujudkan ruang khusus bagi keusahawanan kolektif dan kerjasama, membolehkan ahli berkongsi sumber dan mencipta nilai secara bersama,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Menurut Soo, koperasi ini diasaskan atas tiga objektif utama iaitu sebagai platform kerjasama ahli dan pembangunan kolektif, jambatan yang menghubungkan agensi kerajaan dengan sumber perniagaan dan untuk mempromosi mekanisma kerjasama perniagaan yang lestari dan berasaskan platform.

Soo yang juga Pemangku Pengerusi turut menyelia pembangunan koperasi tersebut serta melakukan usaha penyelarasan luaran.

“Koperasi ini menetapkan dasar dan perlembagaan yang jelas, yang akan memperincikan struktur pelaburan, sistem operasi dan mekanisme penyertaan projek.

“Garis panduan ini akan diumumkan secara rasmi pada fasa seterusnya bagi memastikan semua ahli dapat menyertai di bawah kerangka yang telus dan saksama,” katanya.

Dalam pada itu, Soo berkata, koperasi ini akan beroperasi dengan visi strategik yang jelas, sistem yang kukuh dan penyepaduan sumber yang stabil, dengan matlamat utama untuk memberikan pulangan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan stabil kepada perniagaan ahli.

“Walaupun keutamaan kami adalah untuk berkhidmat kepada ahli, kami juga mengalu-alukan kerjasama dengan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), PKS dan NGO.

“Kami ingin bersama-sama meneroka model baharu kemakmuran bersama melalui perkongsian membina dan manfaat bersama,” tambahnya.

Related Posts

Kelonggaran e-Invois bukti kerajaan faham realiti dihadapi PMKS

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois oleh Kerajaan MADANI disifatkan sebagai pembaharuan penting bagi meningkatkan ketelusan, kecekapan dan integriti sistem percukaian negara. Namun, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berpendapat,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang di Sri Aman ditemukan selamat oleh penduduk kampung

SRI AMAN – Seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Rumah Beredai, Jalan Paip, Spatak Undop telah ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk kampung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelonggaran e-Invois bukti kerajaan faham realiti dihadapi PMKS

Kelonggaran e-Invois bukti kerajaan faham realiti dihadapi PMKS

Warga emas hilang di Sri Aman ditemukan selamat oleh penduduk kampung

Warga emas hilang di Sri Aman ditemukan selamat oleh penduduk kampung

IPD Kuching, JaPen Sarawak edar kit Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan

IPD Kuching, JaPen Sarawak edar kit Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan

Sarawak intai peluang buka laluan penerbangan terus ke Pulau Jeju

Sarawak intai peluang buka laluan penerbangan terus ke Pulau Jeju

Sarawak ketengah pesona ‘Soul of Borneo’ ke persada antarabangsa

Sarawak ketengah pesona ‘Soul of Borneo’ ke persada antarabangsa

Dua keluarga tarik nafas lega, terima manfaat Rumah Kasih Ihsan

Dua keluarga tarik nafas lega, terima manfaat Rumah Kasih Ihsan