Wanita warga asing diberkas pecah rumah penduduk

KUANTAN – Seorang wanita warga asing berjaya diberkas selepas disyaki memecah masuk sebuah rumah di Taman Anggerik Heights dekat Bentong, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari itu, suspek berusia 37 tahun dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang berlegar-legar di kawasan perumahan sebelum menceroboh kediaman mangsa.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 32 tahun pada jam 9.40 malam hari yang sama.

Katanya, mangsa memaklumkan rumahnya dipecah masuk dan wang tunai berjumlah kira-kira RM10,000 lesap.

“Hasil siasatan lanjut berdasarkan rakaman CCTV, polis berjaya mengenal pasti suspek sebagai seorang wanita dan melancarkan operasi memburu.

“Pada jam 10.50 malam, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong berjaya menahan suspek di tepi jalan berdekatan kawasan perumahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, pemeriksaan ke atas suspek membawa kepada penemuan sebuah beg kecil berwarna kelabu mengandungi wang tunai RM1,012 dipercayai sebahagian daripada jumlah wang yang dicuri.

“Siasatan mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah dan kini direman hingga 16 Julai bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di negara ini tanpa dokumen sah.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik