Lebih 1,500 jemaah meriahkan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ di Tambun

IPOH – Program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ sempena Karnival Kesenian Islam dan Malam Mahabbah Madani mencatat kehadiran lebih 1,500 jemaah di Masjid Jamek Al-Amin, Kampung Lata, Tambun pada Ahad.

Solat Subuh berjemaah itu turut disertai oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, pendakwah popular Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, selebriti Nabil Ahmad, Angah Raja Lawak, dan pempengaruh Abdul Qawiy Abd Rashit atau lebih dikenali sebagai Qawiyaro yang juga bertindak menjadi imam.

Menurut kenyataan Pejabat Parlimen Tambun, orang ramai mula hadir seawal jam 5 pagi, membuktikan sambutan luar biasa terhadap kempen yang digerakkan untuk mengimarahkan masjid.

“Kempen ‘Solat Subuh Macam Jumaat’ akan diteruskan dengan pelbagai pengisian menarik bagi menarik lebih ramai penyertaan komuniti setempat,” katanya.

Karnival yang bertemakan ‘Hijrah Membina Ummah Madani’ itu merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Tambun dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Antara acara yang berlangsung termasuk, Tambun Fun Run sejauh 5km, kenduri rakyat, penyerahan sumbangan peruntukan khas kepada sekolah, demonstrasi khat, percetakan dan penyalinan al-Quran serta persembahan nasyid oleh UNIC, Raihan dan Mirwana.

Turut diadakan, konvoi motosikal belia, Jualan Rahmah, perkhidmatan bergerak dan pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan, gunting rambut dan servis minyak hitam percuma, serta cabutan bertuah.

Acara kemuncak pada malamnya menyaksikan Malam Mahabbah Madani dengan pertandingan nasyid antara sekolah serta Forum Hijrah bersama pasangan selebriti PU Riz dan Neelofa, dikendalikan oleh Ustaz Hariri Daud.

Program ini selaras dengan gagasan Malaysia Madani, yang menekankan semangat keterangkuman, keharmonian dan perpaduan dalam membina komuniti sejahtera.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos