Stesen penyelidikan Bako kukuhkan peranan Sarawak sebagai hab biodiversiti tropika

KUCHING – Usaha Sarawak untuk menjadi peneraju dalam pemeliharaan alam sekitar dan biodiversiti tropika menerima suntikan baharu menerusi perasmian Stesen Penyelidikan Bako, hasil kerjasama strategik antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) pada Isnin.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, di Taman Negara Bako, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam agenda penyelidikan dan kelestarian alam negeri ini.

Stesen ini bukan sekadar fasiliti fizikal, malah berperanan sebagai platform pemindahan ilmu, inovasi saintifik dan konservasi jangka panjang, seiring dengan hasrat Sarawak untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam pengurusan biodiversiti tropika di rantau ini.

Menurut kenyataan UNIMAS, stesen tersebut dilengkapi dengan makmal penyelidikan, ruang penyimpanan peralatan lapangan serta ruang pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan stesen penyelidikan pertama UNIMAS-SFC yang ditubuhkan menerusi kerjasama dua pihak dan membuktikan betapa sinergi organisasi mampu mendorong usaha kelestarian global secara mampan dan berimpak tinggi.

“Stesen ini akan menjadi hab penyelidikan merangkumi biodiversiti, ekosistem, pengurusan sumber semula jadi, serta turut membuka ruang kepada kajian dalam bidang sosiobudaya dan pelancongan lestari,” menurut kenyataan itu lagi.

Related Posts

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

RAUB – Pahang mempunyai kekuatan untuk muncul sebagai peneraju sektor pertanian negara apabila menjadi penyumbang kedua terbesar sektor berkenaan pada 2024 dengan nilai pengeluaran melebihi RM25 bilion. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

MUKAH – Keunikan seni budaya bertindak sebagai ejen penyatuan apabila lebih 500 pengunjung pelbagai latar belakang membanjiri Dewan Suarah Mukah bagi menjayakan Pesta Tarian Naga dan Tarian Singa 2026. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI