Kerajaan Sabah bentang cadangan penyelesaian MA63, keputusan sebelum Hari Malaysia

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah membentangkan cadangan penyelesaian berhubung tuntutan 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang berlangsung di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin.

Pembentangan cadangan tersebut dibentangkan melalui  Mesyuarat Khas Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Memetik laporan Bernama, keputusan dijangka dimuktamadkan sebelum sambutan Hari Malaysia, 16 September ini.

Jelas Fadillah, setiap cadangan penyelesaian dikemukakan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum mesyuarat MTPMA63 berikutnya yang dijadual pada 12 September ini di Kuala Lumpur.

“Di situ nanti kita akan putuskan apa penyelesaiannya sama ada interim atau bagaimana, kerana kita juga mengambil kira ada kes (mahkamah) sedang berjalan sekarang ini (berhubung tuntutan 40 peratus) yang dibawa oleh Majlis Peguam Sabah.

“Dari segi perundangan, ada juga perkara yang mengekang untuk kita membuat penyelesaian tanpa keputusan daripada mahkamah.

“Tetapi apa yang kita nak cari ialah penyelesaian di luar bidang kuasa mahkamah,” katanya kepada media di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, mesyuarat khas itu berlangsung dengan baik dan kerajaan Sabah telah membentangkan cadangan tersebut akan diteliti oleh MTPMA63.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar