MADA sambut baik pemasangan infrastruktur di Sungai Korok, cegah kemalangan

JERLUN – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik saranan pelbagai pihak untuk mempertingkatkan elemen keselamatan di sepanjang laluan Sungai Korok terutama di lokasi berisiko nahas.

Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, reka bentuk kawasan itu adalah jalan yang terletak bersebelahan sungai sepanjang kira-kira 20 kilometer.

“Memandangkan ini bukan pertama kali (nahas), jadi kita memang menyokong dengan melihat kajian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di mana kawasan-kawasan yang selalu berlaku nahas.

“MADA juga mahu memastikan faktor keselamatan di sini terjamin dengan pemasangan infrastruktur yang boleh mengurangkan risiko kemalangan lebih teruk di kawasan tertentu,” katanya selepas melawat keluarga enam beranak yang terkorban dalam Sungai Korok, di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan meningkatkan tahap keselamatan di laluan sepanjang Sungai Korok bagi mengurangkan risiko kemalangan terutama kenderaan terbabas ke dalam sungai.

Beliau berkata, infrastruktur seperti pagar penghadang dan lampu jalan di kawasan itu akan diteliti untuk diutamakan demi keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya.

Terdahulu media melaporkan tanda tanya mengenai nasib sepasang suami isteri dan empat anak yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu terjawab selepas jasad mereka dijumpai 48 jam kemudian bersama kereta jenis Proton Iswara di dalam Sungai Korok.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan