UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

BENTONG – UMNO Pahang tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 selain terbuka menjalin kerjasama dengan mana-mana parti lain sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat negeri ini.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika ditemui selepas majlis penyerahan geran usahawan makmur dan hasil transformasi produk usahawan di sini, hari ini.

“Kita terbuka dengan siapa-siapa pun. Bukan sahaja kepada Pas tetapi kepada mana-mana parti lain. Ini demi rakyat Pahang.

“Cakap boleh cakap, tetapi pernah tak dengar saya cakap yang mengatakan kita menolak?” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Beliau turut menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa UMNO Pahang menolak cadangan kerjasama dengan Pas seperti didakwa pihak tertentu sebelum ini.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengutamakan usaha penyatuan parti-parti Melayu termasuk UMNO, namun bersedia berdepan mana-mana parti pada PRU16 sekiranya usaha itu tidak mendapat persetujuan.

Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur dilaporkan berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan diadakan dengan Barisan Nasional (BN) atau UMNO berhubung kerjasama berkenaan.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN dan Menteri Besar Pahang berkata pihaknya kini menumpukan kerja untuk memastikan rakyat dapat terus pembelaan dan pembangunan seperti dirancang.

“Sekarang ini kita buat kerja untuk rakyat. Walaupun (pilihan raya) tidak jauh sangat, tetapi tidak dekat sangat, jadi tumpuan kita adalah buat kerja,” katanya.

Related Posts

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

KUANTAN – PKR digesa menjalankan siasatan berhubung dakwaan penerima bakul makanan daripada Cabang Indera Mahkota telah didaftarkan sebagai ahli parti tanpa pengetahuan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Subang yang kini kosong susulan peletakan jawatan Wong Chen tidak akan diisi menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan malam tadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji