Lelaki hilang di Sungai Pandam dikhuatiri dibaham buaya

LIMBANG – Seorang lelaki dilaporkan hilang dan dipercayai menjadi mangsa serangan buaya dalam kejadian di tebing Sungai Pandam, Kampung Pandam, pada petang Selasa.

Menurut saksi, mangsa sedang menjalankan aktiviti harian berhampiran sungai sebelum diserang secara tiba-tiba oleh seekor buaya.

Jeritan mangsa mengejutkan penduduk sekitar, namun usaha menyelamat tidak berjaya dilakukan kerana serangan berlaku terlalu pantas dan dalam keadaan berisiko.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) juga telah menggerakkan Pasukan Khas Hidupan Liar (SWAT) ke lokasi sejurus menerima laporan.

Operasi pencarian kini giat dijalankan secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta penduduk kampung. Jurucakap SFC, Badrul Hizam, memaklumkan bahawa pihaknya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha mengesan mangsa dan memburu buaya yang dipercayai terlibat.

“Kami sedang meneliti kawasan habitat berdekatan dan akan terus berada di lokasi sehingga operasi selesai. Keselamatan penduduk adalah keutamaan kami,” katanya.

Difahamkan, kawasan sungai berkenaan sebelum ini telah dikenal pasti sebagai zon berisiko, dan papan tanda amaran turut dipasang sebagai langkah keselamatan.

Namun demikian, penduduk menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan kemunculan buaya walaupun pelbagai langkah pencegahan telah diambil sebelum ini.

Sementara itu, keluarga mangsa terus menunggu dengan penuh harapan di tebing sungai sambil mengikuti perkembangan operasi pencarian yang masih diteruskan.

“Kami hanya mahu dia ditemui. Kami serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” kata salah seorang ahli keluarga mangsa.

SFC menasihatkan orang ramai agar mengelakkan sebarang aktiviti berhampiran sungai buat sementara waktu dan sentiasa mematuhi papan tanda amaran keselamatan yang telah dipasang.

Sebarang maklumat atau penemuan berkaitan buaya boleh dilaporkan terus ke talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu) dan 019-8290994 (Miri).

Foto: Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Limbang

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam