Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, antara pihak yang akan menerima laporan berkenaan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), agensi berkaitan di bawah undang-undang pengubahan wang haram, Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau berkata, tindakan itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya semua dapatan RCI diteliti dan disiasat oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Sebagai permulaan, kita akan serahkan kepada pihak berkuasa seperti yang Perdana Menteri telah umumkan, sama ada PDRM, SPRM, AMLA, Bank Negara dan LHDN untuk melakukan siasatan penuh berdasarkan semua dapatan.

“Hal ini termasuk maklumat yang telah dimaktubkan dalam laporan serta maklumat tambahan yang dijawab Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, ketika perbahasan laporan RCI Tabung Haji semalam,” katanya, seperti dipetik berita tempatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 di sini, hari ini.

Mengulas gesaan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) supaya kerajaan menubuhkan RCI baharu bagi meneliti pengurusan TH bagi tempoh 2021 hingga 2025, Fahmi berkata, perkara itu memerlukan dua keputusan.

Katanya, keputusan pertama perlu dibuat di peringkat Jemaah Menteri sama ada siasatan sedia ada diteruskan atau skopnya diperluaskan.

“Apabila RCI diwujudkan pada 2021, bukan sahaja Jemaah Menteri yang terlibat, tetapi kerana ia adalah Suruhanjaya Siasatan Diraja, ia perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Laporan RCI TH yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu merekodkan pelbagai kelemahan dalam pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020, selain mengemukakan 25 syor penambahbaikan.

Setakat 30 Julai lalu, sebanyak 75 peratus daripada syor berkenaan dilaporkan telah dilaksanakan oleh TH.

Dalam perkembangan sama, Fahmi menyifatkan kehadiran Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH semalam sebagai tindakan yang tepat.

Beliau bagaimanapun menyelar ketidakhadiran beberapa parti pembangkang lain daripada Perikatan Nasional (PN), dengan menyifatkan keadaan itu sebagai satu peluang yang telah dilepaskan.

“RCI ini telah ditubuhkan pada 2021, ketika Pas dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, merupakan anggota Jemaah Menteri pada waktu itu.

“Tetapi yang saya kesali, mereka langsung tidak mahu hadir untuk membahas. Jadi, mereka terlepas peluang yang baik,” katanya.

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat itu diadakan bagi membahaskan Laporan RCI TH yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, selaras dengan kepentingan awam yang mustahak.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan