100 persatuan bakal sertai Bangkit Sabahan 2.0 pada 26 Julai

KOTA KINABALU – Lebih 100 persatuan akan menyertai perhimpunan Bangkit Sabahan 2.0 anjuran Gerakan Bangkit Sabahan akan diadakan di Padang Merdeka pada 26 Julai ini.

Ketua Penasihat Gerakan Bangkit Sabahan, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, perhimpunan tersebut dianjurkan bagi bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) sekali gus menzahirkan sokongan rakyat terhadap usaha berterusan Kerajaan Negeri mempertahankan hak rakyat serta kedaulatan Sabah.

“Hampir lebih 100 persatuan dari seluruh negeri dijangka akan menghantar perwakilan dan ahli masing-masing.

“Jumlah kehadiran dianggarkan mencecah 10,000 orang, menjadikan perhimpunan ini antara yang terbesar pernah dianjurkan di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Tambahnya, beberapa tokoh aktivis masyarakat, ahli politik serta pemimpin belia dijangka turut hadir dan akan menyampaikan ceramah sepanjang berlangsungnya perhimpunan tersebut.

“Satu memorandum sokongan akan diserahkan kepada Ketua Menteri sebagai simbol komitmen rakyat untuk terus berdiri teguh bersama kepimpinan beliau tanpa rasa gentar terhadap sebarang tekanan,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkarnain menjelaskan bahawa keputusan membatalkan himpunan yang dijadualkan pada bulan lalu dibuat bagi menghormati nasihat pihak polis.

“Langkah ini diambil bagi mengelakkan pertembungan dengan penganjuran Himpunan Gempur Rasuah oleh sekumpulan kecil mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS),” ujar beliau.

Related Posts

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

KUCHING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak merekodkan penurunan panggilan kebakaran terbuka, namun operasi pemadaman hutan berskala besar kini tertumpu di tiga lokasi utama termasuk di Limbang. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

KUANTAN – Gerakan koperasi di Pahang mencatat perolehan RM1.13 bilion tahun lalu, meningkat 15 peratus berbanding 2024, manakala jumlah aset keseluruhan kini melebihi RM1.73 bilion. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200