Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran.

Helah itu antara modus operandi dikesan polis apabila tangki tambahan dipasang pada kenderaan sebelum dibalut atau disembunyikan dalam tayar ganti bagi mengaburi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, modus operandi menggunakan tangki ubah suai itu banyak dikesan digunakan sindiket penyeludupan sejak tahun lalu.

“Sebanyak 14 tangki minyak kenderaan yang diubah suai antara barang kes dilupuskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar tahun ini.

“Kesemua tangki minyak berkenaan terdiri daripada 12 tangki kereta dan dua tangki kenderaan pikap dengan keseluruhan nilainya dianggarkan RM25,000,” katanya pada sidang akhbar di IPD Padang Besar di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Mahkamah Negeri Perlis, Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi dan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Mohd. Hadi Hakimi Harun bagi menyaksikan protokol pelupusan barang kes.

Mohd. Shokri berkata, pelupusan dilakukan selepas mendapat kelulusan dengan mengambil kira status kes, keputusan mahkamah atau arahan pihak atasan serta mengikut tatacara ditetapkan.

“Selain tangki minyak, sebanyak 21 ekzos motosikal bernilai RM8,350 turut dilupuskan, menjadikan keseluruhan nilai barang kes yang dilupuskan sebanyak RM33,350.

“Secara keseluruhannya, pelupusan itu membabitkan 35 kes dengan 27 daripadanya disiasat mengikut Seksyen 6(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala lapan lagi melibatkan Fail Tindakan Minit Tercerai (FTMT),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 10 kenderaan turut disita hasil tindakan penguatkuasaan termasuk menerusi Op Tiris 4.0 yang dilaksanakan sejak 22 April lalu bagi membanteras penyalahgunaan dan penyelewengan bahan api bersubsidi.

Katanya, empat daripada kenderaan terbabit melibatkan kes yang termasuk dalam pelupusan hari ini manakala enam lagi masih dalam siasatan.

Sementara itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Padang Besar mengeluarkan 4,350 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang Januari hingga Julai lalu dengan 1,632 daripadanya sudah diselesaikan manakala 2,718 masih tertunggak.

“Jumlah kutipan saman bagi tempoh berkenaan sebanyak RM140,910 membabitkan pelbagai kesalahan termasuk nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, mengabaikan isyarat lalu lintas, memotong secara berbahaya, tidak memakai tali pinggang dan topi keledar serta menggunakan telefon.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,480 saman dikeluarkan terhadap warga asing dengan 371 sudah diselesaikan dan 1,109 masih tertunggak membabitkan kutipan RM46,250,” katanya.

Beliau berkata, polis akan terus mempergiat pemeriksaan, rondaan dan operasi bersepadu khususnya di kawasan dikenal pasti sebagai hotspot kesalahan lalu lintas serta aktiviti penyalahgunaan bahan api bersubsidi.

Related Posts

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

KOTA KINABALU – Rang Undang-Undang (RUU) Pewarisan Orang Islam 2026 yang diluluskan Kerajaan Sabah bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri menjadi langkah penting dalam memperkemas dan memodenkan perundangan Syariah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA