‘Fadhli tidak perlu bermain naratif dalam pelaksanaan SST’

DAKWAAN Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari mengenai kenaikan kutipan parkir Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus dikenakan terhadap pengunjung ke pasar raya Aman Central di Alor Setar sangat memalukan.

Ini jelas menunjukkan Fadhli masih lagi ‘ketinggalan’ dalam mengikuti pelaksanaan SST hingga sanggup membuat tohmahan mengatakan SST yang dikenakan pada parkir pasar raya itu pasti membebankan pengunjung ke situ.

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, seluruh parkir di negara hari ini sudah dikenakan cukai sejak 2015 lagi yang dikenali dengan nama Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST.

Katanya lagi, GST itu hanya diguna sehingga pada 2018 kemudiannya ditukarkan kepada SST sehinggalah ke hari ini dan cukai SST yang dikenakan tetap enam peratus seperti dahulu lagi.

“Semasa era pemerintahan Perikatan Nasional (PN) pada 2020 -2022, cukai SST masih kekal dengan cukai parkir dikenakan sebanyak enam peratus. Bagaimanapun semasa Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan cukai dikenakan parkir tetap sama.

“Oleh itu saya hairan bagaimana seorang Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan seperti itu tidak membuat sebarang rujukan.

“Dalam keadaan sekarang beliau tidak perlu menunjuk sebagai hero seolah-olah memperjuangkan nasib rakyat,” jelasnya yang juga bekas Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut Mahfuz, kenaikan cukai sebanyak enam peratus itu sangat tidak membebankan kepada pengunjung yang pergi ke Aman Central itu.

Umumnya mengetahui Aman Central itu merupakan gedung perniagaan yang berjenama sudah pasti mereka pergi ke situ mampu berbelanja.

“Saya yakin Fadhli mahu meniupkan emosi dan membakar sentimen marah kepada kerajaan. Sedangkan SST sangat bermanfaat kepada masyarakat. Setiap cukai yang dikenakan akan pulang kembali kepada rakyat terutamanya untuk pembangunan.

“Seandainya pembangkang mahu menentang pelaksanaan SST mereka perlu mencadangkan formula yang lebih baik dan bukannya hanya membuat naratif yang merosakkan ekonomi negara. Melalui dakwaan yang dibawa oleh Fadhli itu jelas menunjukkan pembangkang terutamanya Pas kini tidak mempunyai ahli pemikir ekonomi yang boleh dibanggakan untuk negara hari ini.

“Bagaimanapun saya menasihatkan rakyat Malaysia hari ini jangan mudah terpengaruh dengan dakwaan yang dibawa oleh pembangkang hari ini. Saya harap rakyat kini sudah sedar dengan penderitaan yang dilalui oleh mereka terutamanya ketika PN memerintah negara,” ujarnya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik