80 kenderaan terbiar dikenal pasti, ruang parkir makin kritikal – Vivian

SANDAKAN – Kira-kira 80 buah kenderaan terbiar dikenal pasti di sekitar kawasan Kampung Sim-Sim, Sandakan, sekali gus menjejaskan kapasiti ruang parkir untuk penduduk setempat.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, kenderaan terbiar itu merangkumi kereta persendirian, kenderaan perdagangan, termasuk bas berhenti-henti yang tidak dialihkan dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata, kesemua kenderaan itu dikesan selepas tinjauan rentas agensi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Katanya, tinjauan turut disertai Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Parlimen Sandakan merangkap Ahli Majlis Perbandaran Sandakan, Tang Szu Ching dan Ketua Kampung Melayu Bumiputera Sim-Sim, Abdul Halim Osman.

“MPS sebelum ini mengeluarkan notis kepada pemilik kenderaan untuk mengalihkan kenderaan masing-masing dalam tempoh dua minggu, namun tiada sebarang maklum balas diterima.

“Oleh itu, Mesyuarat khas MPS dijadualkan Jumaat bagi meneliti undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pengurusan kenderaan terbiar,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Sementara itu, JPJ akan mengeluarkan saman terhadap kenderaan perdagangan yang diletakkan secara tidak sah manakala LPKP akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kenderaan komersial yang melanggar peraturan.

Vivian turut menyeru orang awam supaya merakam gambar dan menyalurkan maklumat berkaitan kenderaan terbiar ke Pusat Khidmat Parlimen Sandakan di talian 010-8073313.

“Semua aduan akan disalurkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut. Oleh itu, saya berharap pemilik kenderaan terbiar supaya mengalihkan kenderaan segera bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan,” ujarnya.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Hari Belia St John Marie Vianney perkukuh jati diri generasi muda Krusen Kranji

Hari Belia St John Marie Vianney perkukuh jati diri generasi muda Krusen Kranji

Biodiversiti Bukit Lambir khazanah alam yang perlu dipelihara – Adam Yii

Biodiversiti Bukit Lambir khazanah alam yang perlu dipelihara – Adam Yii