1 Julai permulaan hasil dikutip secara adil, bukan ‘Hari Hitam’ seperti dakwaan pembangkang

PUTRAJAYA – Amanah menyangkal gerakan `1 Julai Hari Hitam’ ciptaan pembangkang sebagai tanda bantahan terhadap perluasan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, gerakan itu hanyalah cubaan populis yang tidak bertanggungjawab serta mempermainkan emosi dan membakar sentimen rakyat.

Malah, beliau menegaskan, stigma itu dimainkan pembangkang tanpa fakta dan pertimbangan rasional terhadap keperluan semasa negara.

“Hakikatnya, pelaksanaan SST yang dikemas kini itu merupakan langkah penting untuk memastikan hasil negara dapat dikutip secara lebih telus, adil dan disalurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan dan subsidi bersasar.

“SST tidak dikenakan kepada barangan keperluan harian seperti beras, ayam, telur, sayur, ikan, ubat, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan namun menyasarkan perbelanjaan mewah serta bukan keperluan asas.

“Perkara itu sekali gus mereka yang banyak terkesan adalah golongan berkemampuan, bukannya rakyat kebanyakan,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, hasil kutipan cukai SST di samping penyasaran semula subsidi yang dilaksana Kerajaan MADANI akan terus disalurkan kepada rakyat.

“Antaranya melalui program seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Bantuan Warga Emas (BWE), Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI, subsidi bahan api, bantuan awal persekolahan dan banyak lagi,” katanya.

Menurut Mahfuz, Pas dan pembangkang sekali lagi memperlihatkan kegagalan dalam memahami keperluan mentadbir sebuah negara yang kompleks dan menentang SST itu tanpa cadangan yang membina.

“Sedangkan, Pas di negeri yang ditadbir parti itu turut mengutip hasil dan cukai, justeru tidak sewajarnya memainkan sentimen mengelirukan rakyat dalam langkah sama yang diambil Kerajaan Pusat.

“Saya percaya rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan permainan persepsi yang dibina pembangkang,” katanya.

Related Posts

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

PORT DICKSON – Tindakan lebih tegas perlu dilaksanakan kerajaan termasuk mengharamkan mana-mana individu atau pihak yang secara terbuka mempertikaikan asal usul orang Melayu, bagi mengekang perbuatan itu daripada terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jangan belunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

‘Jangan belunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PKR tidak perlu bersaing jadi ‘lebih Melayu’ daripada UMNO, Bersatu – Saifuddin

PKR tidak perlu bersaing jadi ‘lebih Melayu’ daripada UMNO, Bersatu – Saifuddin

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan