PKR tidak perlu bersaing jadi ‘lebih Melayu’ daripada UMNO, Bersatu – Saifuddin

PUTRAJAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu bersaing dengan UMNO atau Bersatu untuk membuktikan parti itu lebih Melayu, manakala usaha menyaingi Pas dari segi imej parti Islam juga tidak membawa manfaat, kata Pengarah Bersama Pilihan Raya PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, persaingan politik yang terlalu berteraskan identiti kaum dan agama hanya akan membawa kepada keadaan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Menurutnya, pendekatan sedemikian juga tidak seharusnya menjadi ukuran utama dalam menilai keupayaan sesebuah parti politik atau kerajaan.

“PKR tidak mungkin mendakwa lebih Melayu daripada UMNO atau Bersatu, malah tidak mampu mengatasi Pas dalam membawa imej parti Islam.

“Kalau kita bersaing atas dasar identiti kaum dan agama, akhirnya kita rugi dan tiada siapa yang menang,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata rakyat perlu diberikan ruang untuk menilai prestasi kerajaan berdasarkan keupayaannya menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi negara.

Saifuddin berkata, tumpuan sewajarnya diberikan kepada perkara yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, termasuk keberkesanan kerajaan dalam menangani isu ekonomi, sosial dan kebajikan.

Beliau berkata, pencapaian serta kemampuan menyelesaikan masalah rakyat perlu menjadi asas utama dalam menentukan penerimaan terhadap kerajaan dan parti politik.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan