Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

PORT DICKSON – Perancangan beberapa projek pembangunan berimpak tinggi di Port Dickson mula menyemarakkan keyakinan penduduk terhadap potensi daerah itu untuk muncul sebagai hab ekonomi dan pelancongan yang lebih pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati penduduk tempatan seolah-olah tidak sabar merasai nikmat limpahan kekayaan ekonomi di daerah ini selepas pelbagai perancangan dirangka oleh Kerajaan Negeri Sembilan sejak kebelakangan ini.

Anak tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Bob, 53, berkata, pihaknya yakin Port Dickon akan terus mencatat kemajuan pesat apabila satu pelabuhan baharu akan siap dibina dan bakal menjana banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Menurut beliau, kewujudan bangunan yang lebih moden serta kawasan perniagaan yang lebih teratur membuktikan pembangunan di daerah itu sedang bergerak secara berperingkat.

“Namun, terdapat keperluan penambahbaikan di kawasan berkenaan tetapi aspek pembangunan perniagaan dan infrastruktur berkaitan pelancongan masih perlu diperkasakan.

“Antaranya, kalau boleh disediakan lebih banyak kemudahan surau di Pantai Teluk Kemang. Saya tengok tandas ada banyak tapi kenapa surau ada satu sahaja. Ini satu keperluan sebab kalau dapat yang belah hujung, memang kebanyakan solat dekat pantai kerana jauh berjalan,” katamya ketika ditemui di Bagan Pinang, pada Isnin.

Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan perancangan pembinaan pelabuhan baharu, Midport yang berteraskan teknologi kecerdasan buatan (AI) di daerah ini.

Selain itu juga, Port Dickson turut menarik minat pelabur luar negara dengan kehadiran Google untuk melabur RM1 bilion bagi pembangunan pusat data.

Projek itu merupakan sebahagian daripadan komitmen pelaburan Google sebanyak RM9.4 bilion di Malaysia yang diumumkan tahun 2024 merangkumi pembangunan pusat data pertamanya dan wilayah Google.

Bagi pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Siti Zulaika Asri, beliau menyambut baik kedua-dua projek terbabit yang sememangnya berpotensi untuk merancakkan lagi pelancongan selain meningkatkan ekonomi peniaga kecil-kecilan.

Bagaimanapun, beliau berpandangan, setiap pantai ‘hotspot’ pelancong perlu dinaik taraf supaya tidak sekadar menjadi lokasi untuk menikmati keindahan pantai, sebaliknya menawarkan lebih banyak aktiviti kepada pengunjung.

“Saya tidak nafikan pembangunan yang sedang dirancangkan sangat membantu peniaga-peniaga, usahawan hotel dan homestay. Malah, ia dapat membuka peluang pekerjaan yang meluas kepada rakyat di sini, khususnya anak muda. Tak perlu dah mereka keluar dari kampung pergi ke bandar untuk mencari rezeki.

“Dari segi pembangunan perniagaan dan infrastruktur untuk pelancongan tipulah kalau saya kata tiada penambah baikan tetapi terdapat banyak kelompangan berlaku sehingga perkara itu membuatkan orang tidak mahu lagi datang ke Port Dickson.

“Sebab itu saya berharap sekiranya Tok Min (Datuk Seri Aminuddin Harun) diberi peluang terus mentadbir Negeri Sembilan agar pembangunan ekonomi serta menaik taraf pelancongan di Port Dickson dapat dilaksana secara holistik,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia