‘Jangan berlunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

KUALA PILAH – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti, Kamarul Arifin Wafa menyatakan baki tempoh kempen akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk bertemu seramai mungkin pengundi dan mendengar sendiri pandangan serta keperluan mereka.

Beliau berkata, kempen pilihan raya seharusnya berlangsung secara matang dengan mengutamakan idea serta perancangan, bukannya serangan peribadi atau penyebaran fitnah.

“Berkempen ini ibarat kita masuk rumah orang, duduk nak bertentu, bilang nak beratur. Jangan berlunjur sebelum duduk,” katanya menggunakan perumpamaan Negeri Sembilan.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya menghormati adat dan tatasusila masyarakat Negeri Sembilan sepanjang tempoh berkempen.

Katanya, perbezaan politik tidak seharusnya menjadi alasan untuk mengetepikan nilai kesopanan dan adab masyarakat Melayu Islam.

“Lawan kempen politik itu biarlah lawan idea dan perancangan. Bukan lawan dengan membawa cerita yang bukan-bukan.

“Orang Nismilan beradat dan beradab. Jangan sebab nak mengejar kerusi, langgar tatasusila orang Melayu Islam,” katanya.

Beliau turut menggariskan lima keutamaan sekiranya diberi mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, termasuk memastikan kebajikan golongan veteran terus terpelihara.

“Yang pertama saya nak pastikan kebajikan orang veteran terpelihara.

“Kedua, pastikan anak-anak muda balik ke kampung buat kerja seperti pertanian. Ketiga, pastikan adat dan budaya kita dipertahankan.

“Keempat, saya nak pastikan kita di Seri Menanti hidup tenang, aman dan makmur dan yang kelima, pastikan tanah kita ini dapat digunakan untuk pertanian, insya-Allah,” katanya.

Kamarul Arifin berkata demikian ketika menyantuni masyarakat pada minggu terakhir kempen menjelang hari pengundian pada 1 Ogos ini.

Dalam pada itu, Kamarul Arifin berkata kempen PH di Seri Menanti setakat ini berlangsung dalam suasana sopan dan mengutamakan pendekatan mendekati masyarakat.

Beliau turut mengajak pengundi Seri Menanti mempertahankan kesinambungan pentadbiran sedia ada dengan memberikan sokongan kepada PH pada 1 Ogos.

“Masa depan Seri Menanti, kekal HARAPAN,” katanya.

Related Posts

PKR tidak perlu bersaing jadi ‘lebih Melayu’ daripada UMNO, Bersatu – Saifuddin

PUTRAJAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu bersaing dengan UMNO atau Bersatu untuk membuktikan parti itu lebih Melayu, manakala usaha menyaingi Pas dari segi imej parti Islam juga tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

PORT DICKSON – Perancangan beberapa projek pembangunan berimpak tinggi di Port Dickson mula menyemarakkan keyakinan penduduk terhadap potensi daerah itu untuk muncul sebagai hab ekonomi dan pelancongan yang lebih pesat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jangan berlunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

‘Jangan berlunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PKR tidak perlu bersaing jadi ‘lebih Melayu’ daripada UMNO, Bersatu – Saifuddin

PKR tidak perlu bersaing jadi ‘lebih Melayu’ daripada UMNO, Bersatu – Saifuddin

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan