Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

PORT DICKSON – Sebahagian besar manifesto Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan telah pun dilaksanakan atau sudah berada dalam perancangan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, manifesto kedua-dua gabungan parti itu mengesahkan kejayaan dan rekod cemerlang pentabdiran negeri PH sebelum ini.

Beliau yang juga calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi memaklumkan, tindakan itu membuktikan sama ada pemimpin BN atau PN tidak mempunyai visi tersendiri dalam memacu kemajuan di Negeri Sembilan pada masa depan.

“Manifesto BN dan PN itu banyak inisiatifnya telahpun dilaksanakan oleh Pakatan Harapan, jadi itu menunjukkan kepada semua bahawa mereka yakin sebenarnya manifesto Pakatan Harapan boleh diterima dan mendapat sokongan daripada rakyat.

“Jadi mereka tak boleh lagi daripada manifesto yang disediakan oleh Pakatan Harapan. Mereka mendakwa mahu meneruskan agenda yang tertinggal, tunjukkanlah apa yang tertinggal itu, buktikan kepada pengundi,” katanya ketika ditemui sewaktu berkempen di Linggi, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, manifesto yang disifatkan ‘copy paste’, seperti ditawarkan oleh PH itu bukan bermatlamat untuk membangunkan negeri, sebaliknya sekadar mahu berkuasa semula.

Dalam masa sama, beliau yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan menggesa rakyat menilai `drama’ politik yang berlaku dalam hubungan BN dan PN ketika ini.

“Kita khuatir kelemahan BN dan PN dalam menawarkan manifesto mereka itu akan menyebabkan pembangunan Negeri Sembilan pada masa depan terencat.

“Jadi ini hanya menyerlahkan lagi drama-drama BN dan PN dan saya harap penduduk Negeri Sembilan menilai perkara ini dengan terbuka.
“Kita harus tahu fakta yang sebenarnya dan jangan terpengaruh dengan rayuan-rayuan yang sekadar untuk menarik undi,” katanya.

Tambahnya, semua pihak dapat melihat BN dan PN sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan episod `menghalau’ pemimpin tertentu menjadi bukti terhadap bagaimana situasi sebenar hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu.

“BN takut apabila dilihat sangat akrab dengan Pas sebab kita tahu bahawa orang bukan Melayu akan lari, tetapi dalam masa sama ‘bercium mulut’ untuk dapatkan undi orang Melayu.

“Jadi ini antara yang saya katakan `drama-drama’ yang akan terus dimainkan, dan saya rasa cukup-cukuplah, rakyat semakin lama semakin muak dengan persembahan drama yang tak berkesudahan seperti ini,” katanya.

Related Posts

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUCHING – Kerajaan Persekutuan kini bertindak beralih kepada pendekatan tindakan awalan bagi menangani situasi jerebu yang melanda negara dengan lebih berkesan, disokong oleh peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta bagi Operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia