Bot tunda ditahan beroperasi tanpa nakhoda sah

BINTULU – Sebuah bot tunda ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu selepas didapati beroperasi tanpa kelulusan sah berhubung pertukaran nakhoda.

Penahanan dilakukan sekitar jam 11.00 pagi pada hari Sabtu, kira-kira 0.5 batu nautika dari barat laut Pantai Tanjung Kidurong ketika rondaan rutin sedang dijalankan dalam pelaksanaan Operasi TIRIS 3.0 dan Operasi PERMAI 01/2019.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Muhammad Suffian Eldine Abdullah memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh enam kru lelaki termasuk seorang nakhoda warga Indonesia dan seorang kru tempatan berumur antara 20 hingga 49 tahun.

Menurutnya, bot tunda itu disyaki melanggar Seksyen 22(2A) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal mengemukakan makluman bertulis kepada Pendaftar Kapal mengenai pertukaran nama nakhoda seperti yang diwajibkan dalam sijil pendaftaran.

“Kesalahan ini boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM2,500,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Susulan itu, bot bersama semua kru telah ditahan dan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu bagi tujuan siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

Maritim Malaysia turut menyeru komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan keselamatan dan kelancaran aktiviti di laut.

Sebarang maklumat atau kecemasan boleh disalurkan menerusi talian 999 atau terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di 086-314 254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432 544.

Related Posts

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Jemaah Menteri akan bersetuju untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji kepada umum. Beliau berkata, perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

IPOH – Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Flat Sungai Pari, di sini, petang semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar