Sedusun Valley mampu perkasa sektor pertanian berasaskan durian

GEORGE TOWN – Pulau Pinang bakal memiliki sebuah pusat pertanian berkonsepkan dusun durian yang dikenali sebagai Sedusun Valley di Relau yang akan berfungsi sebagai hab penyelidikan, pendidikan dan penjenamaan durian tempatan ke pasaran lebih luas, termasuk peringkat antarabangsa.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pusat pertanian yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi, merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk terus memperkasakan sektor pertanian berasaskan durian dan melonjakkan nilai komersial hasil durian di negeri ini.

Katanya, selain menjadi pusat penyelidikan dan pendidikan agro, projek berkenaan juga akan menghimpunkan pelbagai jenis serta jenama durian dari seluruh Malaysia di satu lokasi, sekali gus menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat rujukan utama durian negara,” katanya dalam ucapan perasmian Pesta Durian Pulau Pinang 2025, di Dataran Queensbay Mall di sini, petang semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol serta beberapa kenamaan lain.

Pesta Durian Pulau Pinang berlangsung hampir sebulan, sehingga 20 Julai depan.

Kon Yeow berkata, ketika ini, terdapat lebih 200 jenis durian yang didaftarkan di negara ini, namun, hanya kira-kira 10 hingga 20 jenis sahaja dikenali umum serta berpotensi tinggi di pasaran.

“Justeru, jika kita berjaya menjenamakan jenis-jenis durian yang kurang dikenali ini, maka, peluang untuk durian-durian ini menembusi pasaran eksport akan lebih luas.

“Pada masa yang sama, ia juga dapat membantu meningkatkan nilai ekonomi berasaskan durian tempatan dengan lebih besar,” katanya.

Related Posts

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menambah peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Program MamaKerja menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM10 juta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

SERI KEMBANGAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih meneruskan operasi pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, dekat sini bagi memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan