Pemuda Thai berdepan hukuman mati

KANGAR – Seorang pemuda warga Thailand berusia 21 tahun berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan memasukkan dadah ke dalam badan di Padang Besar, awal bulan ini.

Mahmud Chaidilok mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshahida Abdul Rahim namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan pertama, Mahmud didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 2,987 gram pada 11 Jun lalu di Stesen Keretapi Bukit Keteri, Padang Besar sekitar pukul 9.40 malam.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 12 kali jika tidak dihukum mati.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis Methamphethamine ke dalam badan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar pada 12 Jun sekitar pukul 4 pagi.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Azmi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 30 September sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia dan patologi.

Related Posts

Pegawai bomba didakwa terima rasuah sebagai dorongan keluarkan surat sokongan

ALOR SETAR – Seorang pegawai bomba didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM11,500 pada 2024 dan tahun lalu. Tertuduh Johari Bar Azwar, 40,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

KUANTAN – Sebanyak 2,485 barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah dengan nilai anggaran RM433,552.78 akan dilupuskan esok selepas selesai proses perundangan. Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasca PRN Negeri Sembilan: Adat, institusi diraja bukan modal rebut kuasa politik – Penganalisis

Pasca PRN Negeri Sembilan: Adat, institusi diraja bukan modal rebut kuasa politik – Penganalisis

Pegawai bomba didakwa terima rasuah sebagai dorongan keluarkan surat sokongan

Pegawai bomba didakwa terima rasuah sebagai dorongan keluarkan surat sokongan

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan