Iran sedia berunding jika Israel patuh

PRESIDEN Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan bahawa negaranya akan mematuhi perjanjian gencatan senjata dengan Israel sekiranya pihak rejim Zionis tidak melanggar syarat yang telah dipersetujui.

Perkara itu dinyatakan beliau menerusi panggilan telefon bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, lapor Anadolu.

Dalam perbualan itu, Pezeshkian mendakwa Israel dan sekutunya cuba mencetuskan kekacauan dalam Iran bagi menggugat kestabilan negara itu.

“Rakyat Iran tetap bersatu padu dan teguh mempertahankan negara walaupun berdepan pelbagai kesukaran dan tekanan daripada pihak lawan,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan pejabat presiden Iran.

Beliau turut menuduh Amerika Syarikat (AS) secara langsung campur tangan dalam peperangan Israel terhadap Iran selepas Israel didakwa gagal mencapai matlamatnya.

Pezeshkian mendakwa Washington bertindak melanggar undang-undang antarabangsa apabila menyerang beberapa fasiliti nuklear Iran.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Iran komited untuk meneruskan rundingan bagi mempertahankan hak dan tuntutan rakyat negara itu di meja perundingan.

Sejak 13 Jun lalu, Israel melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas Iran, termasuk ke atas kemudahan ketenteraan dan nuklear dengan mendakwa Teheran hampir membangunkan senjata nuklear — dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Iran.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas sasaran Israel. Ketegangan memuncak apabila AS menyertai konflik dengan mengebom tiga tapak nuklear Iran pada Ahad lalu.

Selepas 12 hari pertempuran udara antara kedua-dua negara, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan gencatan senjata antara Iran dan Israel bagi menamatkan konflik itu.

Related Posts

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong pada Khamis, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan selepas kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan serangan ke atas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump rancang tarif baharu ke atas 60 negara, perang perdagangan dijangka memuncak

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan sedang bersiap sedia memperkenalkan pusingan baharu tarif import terhadap kira-kira 60 negara seawal minggu ini, sekali gus berpotensi meningkatkan semula ketegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Jualan Rahmah beri peluang penduduk luar bandar beli barang keperluan lebih murah

Jualan Rahmah beri peluang penduduk luar bandar beli barang keperluan lebih murah

‎Kerajaan Negeri perkukuh kesiapsiagaan, bantuan segera digerakkan kepada mangsa banjir Tawau ‎

‎Kerajaan Negeri perkukuh kesiapsiagaan, bantuan segera digerakkan kepada mangsa banjir Tawau ‎