Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

KOTA KINABALU – Golongan belia disaran mendapatkan maklumat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada sumber rasmi supaya memahami sejarah serta perkembangan semasa rundingan yang dilaksanakan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) menjadi platform terbaik untuk memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai isu-isu penting termasuk MA63.

Menurutnya, beliau tertarik apabila peserta belia mengemukakan soalan berkaitan MA63 dalam sesi Town Hall yang diadakan sempena program berkenaan.

“Ini satu ruang yang amat baik untuk kita menerangkan sejarah MA63 serta status perundingan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Kita mahu belia mendapat maklumat yang rasmi daripada kerajaan supaya mereka memahami isu ini dengan lebih jelas,” katanya kepada media selepas Majlis Town Hall sempena KIBAR Peringkat Negeri Sabah di Kampung (Kg) Dato’, Manggatal, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) wajar meneruskan program seumpama itu dengan memasukkan lebih banyak elemen pendidikan bagi membentuk pemikiran kritis dalam kalangan generasi muda.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada KBS kerana memilih Parlimen Sepanggar sebagai antara lokasi penganjuran KIBAR di Sabah selain Tawau.

Katanya, penyertaan pelbagai agensi kerajaan termasuk penyediaan peluang pekerjaan menerusi MyFutureJobs oleh PERKESO memberi manfaat besar kepada belia.

“Saya berharap semua belia mengambil peluang menghadiri program seperti ini kerana banyak maklumat, insentif dan peluang yang disediakan kerajaan untuk generasi muda.

“Datang, dengar dan terokai segala maklumat yang ada kerana ia mampu memberi manfaat yang besar kepada masa depan anda,” katanya.

Terdahulu, Mustapha turut berkesempatan pemasangan lampu solar MADANI di hadapan Dewan Mini Kg Dato dan seterusnya, menyerahkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di kawasan sekitar Kg tersebut.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali