SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

BETONG – Sri Aman Development Agensi (SADA) menegaskan pihaknya akan terus mengamalkan pendekatan Value at Entry (VAE) bagi memastikan setiap projek pembangunan yang dicadangkan khususnya di kawasan Sri Aman benar-benar memberi manfaat kepada rakyat serta memenuhi keperluan sebenar masyarakat di kawasan itu.

Pengerusinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pendekatan VAE turut membantu kerajaan menilai pulangan pelaburan (ROI) sesuatu projek agar setiap dana yang dibelanjakan memberi manfaat maksimum kepada komuniti.

“Saya telah hadir dan merasmikan bengkel VAE bagi projek-projek di bawah seliaan SADA baru-baru ini. VAE bukan lagi satu pilihan, sebaliknya telah menjadi prosedur wajib dalam penyediaan cadangan projek baharu untuk memastikan setiap perancangan dibuat secara lebih sistematik, teliti dan berasaskan data.

“Saya melihat hasil daripada bengkel itu juga telah membantu para peserta yang hadir untuk lebih memahami pekeliling baharu yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) bagi pelaksanaan projek pembangunan agar projek-projek yang telah siap memberi manfaat kepada masyarakat. Kalau sesuatu projek itu tidak memberi manfaat atau pulangan, bermakna kita telah gagal,” katanya.

Rohani menegaskan, setiap projek pembangunan yang ingin dilaksana haruslah mampu membantu meningkatkan ekonomi penduduk, komuniti lebih sejahtera, membangunkan kampung-kampung khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Debak dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rohani yang juga merupakan Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pemantauan Projek dan Program Luar Bandar) menambah, setakat Julai 2026, sebanyak 13 projek pembangunan di bawah SADA telah siap sepenuhnya.

Antaranya, pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Undop di Kampung Beleti, (RH. Kedeney) Sabu, pembinaan jalan Empelanjau Munggu Mawang, dan projek naik taraf Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) di Sri Aman.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali