‎Kerajaan Negeri perkukuh kesiapsiagaan, bantuan segera digerakkan kepada mangsa banjir Tawau ‎

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera dengan memperkukuh pemantauan dan menggerakkan semua agensi berkaitan susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah Tawau sejak Jumaat.

‎Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Pusat Kawalan Bencana Negeri telah diarahkan supaya memantau perkembangan situasi secara berterusan bagi memastikan segala bentuk bantuan dapat disalurkan dengan segera kepada penduduk yang terjejas.

‎”Semua agensi penyelamat dan pengurusan bencana kini berada di lapangan bagi menyelaras operasi menyelamat, pemindahan serta bantuan kepada mangsa.

‎”Saya mahu semua agensi berkaitan berada dalam keadaan bersiap siaga dan bertindak pantas bagi memastikan kebajikan serta keselamatan mangsa sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

‎Ketua Menteri turut menasihatkan penduduk khususnya di kawasan rendah dan berisiko banjir supaya sentiiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

‎Menurut beliau, keadaan keseluruhan ketika ini masih terkawal walaupun beberapa kawasan di daerah Tawau terjejas akibat hujan lebat berterusan.

‎Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tawau mengisytiharkan daerah itu sebagai kawasan bencana pada jam 8.30 pagi selepas beberapa kawasan termasuk Tanjung Batu Keramat, Taman Ria 1, Taman Hot Spring, Taman Sunshu dan Taman Sri Balung dinaiki air.

‎Sementara itu, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau bagi menempatkan mangsa yang terjejas.

‎Sehingga jam 11.00 pagi, seramai 335 mangsa daripada 96 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dipindahkan ke PPS berkenaan, manakala pihak berkuasa terus memantau keadaan semasa dan mengumpul maklumat bagi tindakan susulan sekiranya pemindahan tambahan diperlukan.

Related Posts

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

KUCHING – Indonesia terus memperhebat operasi pemadaman darat dan udara serta memperketat penguatkuasaan undang-undang bagi menangani krisis kebakaran hutan dan lahan (Karhutla) yang sedang melanda negara tersebut.   Konsulat Jenderal Republik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63

MIRI – Pameran Mini Hari Malaysia Bahagian Miri 2026 disifatkan sebagai platform penting dalam memperkukuh penghayatan masyarakat terhadap sejarah pembentukan negara serta pemahaman mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menteri Pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan