Trump marah Israel enggan patuh gencatan senjata

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan amaran keras kepada Israel agar tidak meneruskan serangan udara ke atas Tehran, sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran besar terhadap perjanjian gencatan senjata yang dimeterai sebelum ini.

Bercakap kepada wartawan sebelum berlepas ke Sidang Kemuncak NATO di The Hague, Trump berkata, Israel melakukan serangan sebaik sahaja bersetuju dengan perjanjian tersebut.

Dia menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu.

“Sekarang Israel hendak pergi serang (Iran) hanya kerana satu roket yang tidak kena apa pun,” katanya.

Trump kemudian memuat naik kenyataan sama di Truth Social, mengarahkan Israel supaya menarik balik pesawat tenteranya.

“Israel. Jangan gugurkan bom. Jika anda lakukan, ia adalah pelanggaran besar (perjanjian gencatan senjata).

“Panggil balik juruterbang anda, sekarang!” tulisnya di platform Truth Social.

Trump turut berkata, dia sedang berusaha meredakan ketegangan dan menghalang provokasi lanjut.

“Saya mahu Israel bertenang sekarang,” ujarnya.

Presiden AS itu mengecam Israel susulan serangan udaranya selepas dia mengumumkan gencatan senjata yang sepatutnya bermula ‘dalam beberapa jam’.

Trump menegaskan bahawa dia percaya Iran masih komited kepada keamanan.

“Saya percaya. Mereka langgar (gencatan senjata), tapi Israel pun langgar juga.”

“Israel, sebaik sahaja kita metrai perjanjian itu, mereka terus menggugurkan bom dalam jumlah yang belum pernah saya lihat sebelum ini.”

“Saya tidak puas hati dengan Israel. Bila saya kata anda ada 12 jam, itu bukan bermakna anda boleh serang habis-habisan pada awal waktu.”

“Saya tidak gembira dengan mereka. Saya juga tidak gembira dengan Iran.

“Tapi saya sangat tidak gembira kalau Israel menyerang pagi ini hanya kerana satu roket yang tidak meletup, yang mungkin tersasar. Saya tidak gembira dengan itu,” tegasnya.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan