Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

BETONG – Sebanyak 81.7 peratus golongan bapa di negara ini berdepan cabaran dalam menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan keluarga, sekali gus menjadikannya antara isu utama yang perlu diberi perhatian dalam usaha memperkukuh institusi kekeluargaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, menerusi Tinjauan Pendapat Umum sempena Sambutan Hari Bapa Kebangsaan 2025 berkaitan cabaran utama yang dihadapi golongan bapa turut mendapati 79.7 peratus golongan itu berdepan kos sara hidup yang tinggi, manakala 76.4 peratus terpaksa bekerja lebih daripada satu pekerjaan akibat tekanan kewangan.

Selain itu katanya, peningkatan kos pendidikan anak-anak serta cabaran penjagaan anak turut dikenal pasti sebagai antara tekanan utama yang dihadapi golongan bapa pada masa kini.

“Cabaran tersebut bukan sahaja menjejaskan kestabilan ekonomi keluarga, malah memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental golongan bapa.

“Tinjauan sama menunjukkan tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan kencing manis merupakan antara masalah kesihatan utama yang dihadapi golongan berkenaan, sekali gus menunjukkan kepentingan memberi perhatian terhadap kesejahteraan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Seri Rohani Abdul Karim sempena Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Debak dekat sini, hari ini.

Sehubungan itu, Nancy berkata LPPKN Negeri Sarawak telah menyediakan pelbagai inisiatif termasuk program Pocket Talk mengenai kesihatan lelaki, kesejahteraan mental, ekonomi dan keluarga serta saringan kesihatan percuma yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, indeks jisim badan (BMI), glukosa dan kolesterol.

Beliau menambah, peranan seorang bapa perlu diperkasakan sejak sebelum kelahiran anak menerusi Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI) yang menyediakan kaunseling, konsultasi, saringan dan rawatan kesuburan kepada pasangan di Klinik Subfertiliti LPPKN Sarawak.

Katanya, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terus memperkukuh institusi keluarga menerusi Dasar KASIH Keluarga Negara, termasuk pembangunan Modul Kebapaan yang memberi penekanan kepada kepimpinan keluarga, komunikasi berkesan, kesejahteraan psikologi dan jaringan sokongan sosial.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan LPPKN akan melaksanakan Kajian Lelaki Budiman Negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) selama 18 bulan bermula bulan ini bagi merangka inisiatif melahirkan golongan lelaki yang berdaya tahan, bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan keluarga serta pembangunan negara.

Related Posts

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

TAWAU – Jabatan Air Bahagian Tawau terpaksa menghentikan sementara Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Apas Balung 1 dan 2 berikutan kejadian banjir yang melanda daerah ini. Jabatan Air Bahagian Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

KOTA KINABALU – Golongan belia disaran mendapatkan maklumat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada sumber rasmi supaya memahami sejarah serta perkembangan semasa rundingan yang dilaksanakan kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Jualan Rahmah beri peluang penduduk luar bandar beli barang keperluan lebih murah

Jualan Rahmah beri peluang penduduk luar bandar beli barang keperluan lebih murah

‎Kerajaan Negeri perkukuh kesiapsiagaan, bantuan segera digerakkan kepada mangsa banjir Tawau ‎

‎Kerajaan Negeri perkukuh kesiapsiagaan, bantuan segera digerakkan kepada mangsa banjir Tawau ‎