Trump umum ‘gencatan senjata’ Iran-Israel

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan Israel dan Iran bersetuju melaksanakan gencatan senjata yang menurutnya berpotensi menjadi kekal.

Mengumumkan perkembangan terbaharu itu di media sosial, Trump berkata, kedua-dua pihak bersetuju sepenuhnya untuk melaksanakan gencatan senjata dalam tempoh enam jam dari sekarang – selepas kedua-dua negara menyelesaikan operasi terakhir mereka yang sedang berjalan.

“Israel dan Iran mencapai persetujuan penuh untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya (dalam kira-kira enam jam dari sekarang, apabila misi akhir mereka selesai), selama 12 jam.

“Selepas itu, perang ini akan dianggap tamat,” tulis beliau.

Dalam masa sama, Trump menyatakan keyakinannya perjanjian ini adalah langkah penting ke arah penamatan konflik yang mengakibatkan ketegangan ketara di Asia Barat sejak beberapa minggu lalu.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi dari Tel Aviv mahupun Tehran berhubung butiran perjanjian tersebut.

Namun, pengumuman Washington dilihat sebagai perkembangan diplomatik yang signifikan di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa mengenai potensi tercetusnya perang besar-besaran di rantau itu.

Related Posts

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara. Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Macron ikrar ambil tindakan terhadap perusuh, hampir 2,400 ditahan

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berikrar memastikan pihak yang terlibat dalam keganasan dan kemusnahan harta benda di negara itu dipertanggungjawabkan susulan demonstrasi besar-besaran yang mencetus kekacauan selama dua hari.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak