Iran tegaskan tiada persetujuan gencatan senjata dengan Israel

IRAN menegaskan bahawa tiada sebarang persetujuan berhubung pelaksanaan gencatan senjata dengan Israel setakat ini.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi awal pagi Selasa, susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mendakwa kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan gencatan senjata sepenuhnya, lapor Anadolu.

“Seperti yang telah ditegaskan Iran berulang kali, Israel telah melancarkan peperangan terhadap Iran, bukannya sebaliknya. Setakat ini, TIADA sebarang ‘persetujuan’ mengenai gencatan senjata atau pemberhentian operasi ketenteraan,” kata Araghchi menerusi kenyataan di platform X.

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa Iran tidak berniat untuk meneruskan tindak balas ketenteraan sekiranya Israel menghentikan serangan menjelang jam 4 pagi waktu Teheran.

“Sekiranya rejim Israel menghentikan pencerobohan haram terhadap rakyat Iran selewat-lewatnya jam 4 pagi waktu Teheran, kami tidak berniat untuk meneruskan tindak balas kami selepas itu.

“Keputusan muktamad berhubung pemberhentian operasi ketenteraan kami akan ditentukan kemudian,” tambahnya lagi.

Ketegangan antara kedua-dua negara terus memuncak susulan siri serangan balas dan kenyataan keras yang dikeluarkan oleh pemimpin masing-masing.

Related Posts

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara. Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Macron ikrar ambil tindakan terhadap perusuh, hampir 2,400 ditahan

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berikrar memastikan pihak yang terlibat dalam keganasan dan kemusnahan harta benda di negara itu dipertanggungjawabkan susulan demonstrasi besar-besaran yang mencetus kekacauan selama dua hari.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak