Kerajaan jamin ketelusan dalam pelaksanaan SST

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI cakna terhadap kebimbangan rakyat berhubung pelaksanaan serta peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dijadual berkuat kuasa pada 1 Julai 2025.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, isu berkaitan SST bagaimanapun tidak dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan hari ini.

Menurut beliau, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dijangka akan mengemukakan penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat bagi memperjelas pelaksanaan dasar berkenaan.

“Pandangan yang serius akan diberikan terhadap maklum balas yang diterima daripada rakyat. Namun begitu, seperti yang diketahui umum, hasil kutipan melalui pelaksanaan SST ini akan disalurkan untuk tujuan pembangunan, termasuk pembinaan sekolah dan hospital,” katanya dalam sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, turut menegaskan komitmen kerajaan dalam mengurangkan ketirisan serta penyelewengan dana awam, selain mempertingkat usaha membanteras rasuah secara lebih tegas dan berkesan.

Terdahulu, pada 9 Jun lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa kadar SST yang disemak semula seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 akan mula berkuat kuasa pada 1 Julai.

Langkah tersebut bertujuan memperkukuh kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil pendapatan serta meluaskan asas percukaian.

Di bawah struktur baharu ini, beberapa barangan bukan keperluan asas dan barangan mewah akan dikenakan cukai jualan antara lima hingga 10 peratus.

Barangan keperluan harian seperti ikan sardin, tongkol dan kembung kekal dikecualikan daripada SST.

Sebaliknya, hasil laut premium yang diimport seperti salmon, ikan kod dan ketam raja akan dikenakan cukai sebanyak lima peratus.

Selain itu, buah-buahan tempatan turut dikecualikan daripada cukai jualan, manakala buah-buahan import akan dikenakan kadar cukai lima peratus.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI