Tukar kuasa pada Hamzah bukti Bersatu, PN di ambang perpecahan

PUTRAJAYA – Cadangan merombak struktur Perikatan Nasional (PN) dengan memberi kuasa kepada Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin membuktikan kepimpinan pembangkang berada di ambang pergolakan.

Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, perkembangan tersebut tidak sewajarnya berlaku sedangkan PN memperjuangkan perpaduan Melayu dan Islam selain mendokong prinsip integriti.

“Perbalahan tersebut jelas menzahirkan hipokrasi politik yang sedang melanda PN.

“Rakyat Johor berhak tahu parti yang ingin memerintah tidak mampu menyatukan barisan mereka sendiri, apa lagi menjamin kestabilan negeri dan negara,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Terdahulu media melaporkan dakwaan mengenai cadangan penstrukturan semula PN bagi memberi kuasa lebih besar kepada Hamzah.

Terdapat laporan mendakwa ada suara dalam kalangan pemimpin Bersatu yang mahu mengenepikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu dan juga Pengerusi PN.

Kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menyelar tindakan pihak tertentu yang cuba mencipta persepsi bahawa wujud krisis dalam Bersatu disifatkan sebagai perbuatan parasit demi mendapatkan kuasa.

Tegasnya, semua ahli perlu terus mempertahankan kepimpinan tertinggi dan membantu memperkuatkan parti, bukannya melaga-lagakan saf kepimpinan

Mengulas lanjut, Zuhan yang juga Ketua Amanah Kawasan Kluang memaklumkan, pergeseran itu yang mempamerkan kenyataan bercanggah dan tindakan mempertikai sesama sendiri menunjukkan dalaman Bersatu yang semakin parah.

Kemelut itu katanya, membuka mata rakyat terhadap kepentingan memilih parti yang benar-benar stabil, progresif dan berpaksikan rakyat seperti Pakatan Harapan (PH).

“Amanah Johor melihat episod ini sebagai bukti Bersatu tidak memiliki visi jelas, jauh sekali kesepaduan yang diperlukan untuk menjadi gabungan alternatif berwibawa.

“Kami menyeru agar rakyat Johor terus menilai secara bijaksana tindak-tanduk pimpinan parti pembangkang dan menolak politik penuh dendam demi masa depan negeri yang lebih baik dan harmoni,” katanya.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PUTRAJAYA – Langkah UMNO supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) disegerakan perlu dipersoalkan sama ada benar-benar berlandaskan kehendak rakyat atau mempunyai motif tertentu. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama