Penduduk Kampung Raja Uda serah memorandum bantah bina memorial

SATU memorandum membantah pembinaan sebuah memorial empat tingkat diserahkan kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), hari ini.

Memorandum itu adalah pendirian tegas penduduk Kampung Raja Uda, menolak pembinaan bangunan itu yang didakwa akan menjejaskan keharmonian dan keselamatan komuniti setempat.

Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri menegaskan bantahan itu tidak berunsur politik atau keagamaan, sebaliknya membabitkan sensitiviti lokasi kerana terlalu hampir dengan Masjid Kampung Raja Uda dan kediaman.

“Tapak cadangan terletak dalam kawasan zon kediaman dan perniagaan terhad. Jika projek diteruskan, kerja cerucuk dan penggunaan jentera berat boleh menyebabkan keretakan struktur rumah.

“Kita tidak menghalang pembangunan pemilik tanah tetapi mereka perlu mengikut undang-undang. Saya mewakili penduduk mendesak MBDK menolak cadangan pembinaan bangunan memorial ini,” katanya ditemui di ibu pejabat MBDK, Klang, hari ini.

Azmizam berkata, semua kaum termasuk bukan Islam membantah pembinaan tersebut kerana ia berisiko mencetus ketegangan selain menjejaskan nilai sejarah kampung yang wujud sejak 1953 dan dinamakan sempena Menteri Besar Selangor pertama, Tun Dr Raja Uda.

Sebelum ini, media melaporkan majoriti penduduk menolak projek yang membabitkan Lot 82022 dan beberapa lot bersebelahan kerana terlalu hampir dengan masjid serta kawasan perumahan.

Untuk rekod, lebih 80 peratus penduduk Kampung Raja Uda adalah berbangsa Melayu.

Related Posts

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

KOTA SAMARAHAN – Tiga warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah berganda apabila merangkul anugerah berprestij pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa menerusi pencapaian cemerlang dalam bidang kepimpinan mahasiswa, inovasi serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

MUKAH – Projek menaik taraf jalan masuk dan tempat letak kereta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers, di sini yang bernilai RM300,000 telah siap sepenuhnya, sekali gus meningkatkan keselesaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin