Ahli Amanah kian bertambah, elak dilabel parti ‘penumpang’

BUTTERWORTH – Parti Amanah Negara (Amanah) akan terus menambah bilangan ahlinya di setiap negeri agar tidak lagi dilihat sebagai parti ‘penumpang’ dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) selepas ini.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pertambahan keahlian itu juga secara tidak langsung akan mengukuhkan kedudukan parti tersebut pada masa depan.

“Parti Amanah sekarang ini bukan di peringkat hendak bertahan dengan keahliannya. Dia kena menambah sebab dia adalah parti yang agak kecil dan sedang membesar.

“Jadi, kita sedang memperhebatkan peranan Amanah di setiap negeri sebab kita tidak mahu Amanah dilihat sebagai parti ‘penumpang’, tetapi, parti yang bekerjasama serta memberikan sumbangan kepada pembentukan kerajaan yang lepas,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pejabat Amanah Negeri Pulau Pinang dan Kenduri Rakyat di Sungai Dua di sini, malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Agung Amanah merangkap Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Faiz Fadzil.

Sejak diasaskan hampir 10 tahun yang lalu, Amanah yang memperjuangkan ideologi Islam progresif dan reformis itu telah berjaya menarik sehingga 200,000 keahlian di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, Amanah kini di peringkat akhir rundingan untuk mendapatkan kerusi bagi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi.

Katanya, rundingan tersebut sebelum ini mengambil masa yang agak lama kerana landskap politik di Sabah agak kompleks disebabkan bilangan parti politik yang agak banyak.

“Kita (Amanah) pergi ke sana (Sabah) sebagai satu pasukan (PH) dan akan membuat perundingan dengan parti-parti politik di Sabah.

“Jadi, kita berharap sangat agar Amanah dapat ‘beranak’ di Sabah nanti kerana Amanah kini sedang berusaha menambah bilangan ahlinya termasuk di sana. Itu harapan kita,” ujar beliau.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh