PKR belum terima permohonan rasmi keanggotaan daripada Tengku Zafrul

PKR memaklumkan bahawa setakat ini, parti belum menerima sebarang permohonan rasmi untuk keanggotaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut Setiausaha Agungnya, Dr Fuziah Salleh berkata, segala permohonan untuk menjadi ahli PKR perlu dilakukan secara dalam talian.

Beliau berkata, proses permohonan yang diterima akan dinilai dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Permohonan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya setelah mengambil kira pelbagai sudut pandang, termasuk pandangan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan serta pendapat akar umbi,” kata Dr Fuziah dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut dimaklumkan bahawa Tengku Zafrul akan menunaikan ibadah haji tidak lama lagi.

“PKR mendoakan agar beliau selamat pergi dan kembali, serta memperoleh haji yang mabrur,” tambahnya.

Terdahulu, Tengku Zafrul telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli MKT UMNO serta Ketua UMNO Bahagian Kota Raja.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan bahawa surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada pucuk pimpinan parti.

Tengku Zafrul turut dilaporkan mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO dan menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.

Related Posts

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah