UMNO belum terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul secara rasmi

UMNO belum menerima secara rasmi surat peletakan jawatan daripada Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, walaupun beliau telah mengumumkan keluar daripada parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti memandang serius kenyataan Tengku Zafrul yang menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, tindakan sedemikian boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan, serta menimbulkan prejudis dan prasangka dalam kalangan akar umbi mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama parti.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja serta keanggotaannya dalam UMNO, sekali gus menamatkan lebih dua dekad penglibatannya dalam parti tersebut.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula