Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

PERIKATAN Nasional (PN) menegaskan tiada sebarang arahan atau larangan dikenakan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk terus berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sekali gus menolak tanggapan bahawa pemimpin itu disisihkan susulan kontroversi ucapannya.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kehadiran Sanusi dalam kempen bergantung sepenuhnya kepada kelapangan jadualnya sebagai Menteri Besar Kedah dan bukannya disebabkan sebarang sekatan daripada kepimpinan gabungan itu.

Menurutnya, Sanusi bebas berkempen meskipun kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menyifatkan Sanusi tidak sesuai dijadikan jurukempen kerana bimbang menjejaskan sokongan pengundi, katanya,

“Itu pandangan beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional. Kita ambil maklum.

“Saya percaya ia bergantung kepada Datuk Seri Sanusi sama ada beliau dapat datang atau tidak selepas ini. Sama seperti saya, kami berdua ialah Menteri Besar yang selain berkempen politik masih mempunyai tanggungjawab mentadbir negeri. Kalau beliau dapat datang, beliau datanglah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Manifesto PN bagi PRN Negeri Sembilan di Kompleks Pas Negeri Sembilan (Kompas), malam tadi.

Mengulas dakwaan bahawa gaya ceramah Sanusi boleh menjejaskan sokongan pengundi Melayu dan Cina, Samsuri berkata, orang ramai perlu melihat kenyataan penuh Menteri Besar Kedah itu dan bukan sekadar petikan yang didakwa telah diputarbelitkan.

Menurutnya, Sanusi sendiri telah memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didakwa memesongkan kenyataannya.

“Datuk Seri Sanusi sudah maklum bahawa beliau akan menyaman mana-mana pihak yang memesongkan perkara yang disebut oleh beliau. Jadi kita tengoklah nanti,” katanya.

Ditanya sama ada Sanusi masih bebas turun berkempen selepas kontroversi tersebut, Samsuri menegaskan PN tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada membantu kempen pilihan raya.

“Kita tidak ada halangan, tidak ada sebarang gag order kepada sesiapa pun,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram