Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan air tidak berjadual itu bermula dari jam 12.00 tengah malam sehingga kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya.

Menurut JBALB, gangguan tersebut berlaku bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor yang dilantik untuk membaiki paip jenis Ductile iron (DI pipe) bersaiz 500 milimeter (mm) yang dikesan bocor di Kampung Jemoreng, Matu.

Pihak JBALB menasihati para pengguna di kawasan terjejas agar menyimpan bekalan air yang secukupnya untuk keperluan harian sepanjang tempoh gangguan tersebut berlaku.

“Pihak kami akan memastikan gangguan bekalan air ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

“Bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat sebaik sahaja kerja-kerja baik pulih di kawasan yang terjejas selesai dilaksanakan,” menurut kenyataan itu lagi.

JBALB turut menzahirkan kekesalan atas segala kesulitan yang timbul akibat gangguan tidak berjadual ini.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan