Tourism Malaysia rai pelancong di KKIA sempena Kaamatan

KOTA KINABALU – Tourism Malaysia menyambut kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa dengan penganjuran acara istimewa sempena sambutan Pesta Kaamatan yang ikonik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Pengarah Tourism Malaysia, Sabah, Haryanty Abu Bakar berkata, program ini diadakan sebahagian daripada kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) yang bertujuan untuk mempromosikan keunikan budaya Malaysia kepada pelancong dalam dan luar negara.

“Perayaan Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun pada bulan Mei merupakan penghormatan kepada semangat padi ‘Bambaazon’.

“Ia melambangkan rasa kesyukuran, perpaduan serta kebanggaan budaya dalam kalangan komuniti peribumi Sabah.

“Para tetamu turut dihidangkan dengan pengalaman budaya yang unik termasuk persembahan tarian Magunatip (tarian buluh) dan persembahan tradisional Kadazandusun.

“Sambil berpeluang merasai makanan tradisional tempatan tapai (beras pulut diperam) Tuhau,” katanya ketika ditemui media sempena Majlis Sambutan Pelancong Sempena Pesta Kaamatan 2025, di sini pada Jumaat.

Tambahnya, inisiatif ini sejajar dengan usaha Tourism Malaysia untuk memperkasa pelancongan berasaskan kebudayaan dan meningkatkan pengalaman pelawat menjelang VM2026.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Tiong King Sing dengan paluan gong tradisional.

Upacara turut diserikan dengan simbolik penampi padi oleh tetamu kehormat diiringi alunan muzik tradisional alat muzik kulintangan sebagai penghormatan kepada semangat Pesta Kaamatan.

Haryanty berkata, sebelum ini Tourism Malaysia mengadakan majlis yang sama ketibaan di KKIA bagi sambutan Tahun Baharu Cina dan juga sambutan Aidilfitridi merayakan bersama pelancong antarabangsa dan domestik.

“Kami melihat percutian festival di Malaysia ini merupakan minggu percutian panjang semasa musim perayaan,” katanya.

Related Posts

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

TAWAU – Seramai 23 mangsa yang terperangkap akibat banjir di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Apas, Batu 15 dan Kampung Terasing Batu 17 berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri