Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

IPOH – Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan selepas disyaki menyerang dan mengugut seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika mangsa menjalankan tugas mengeluarkan notis kompaun di Jalan Pengkalan Barat 35, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian berlaku pada 24 Julai lalu apabila suspek dipercayai bertindak agresif terhadap penguat kuasa terbabit.

“Suspek didakwa cuba melanggar mangsa menggunakan sebuah kenderaan sebelum bertindak mengekori mangsa, menarik bahagian leher baju mangsa serta mengeluarkan ugutan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Ahad.

Beliau berkata, susulan maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berjaya menahan suspek kira-kira jam 12.40 tengah hari pada Sabtu bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Permohonan reman akan dibuat bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Muhammad Najib turut menegaskan bahawa polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang bertindak menghalang, menyerang atau mengugut penjawat awam ketika mereka melaksanakan tugas.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghalang, menyerang atau mengugut penjawat awam ketika menjalankan tugas,” katanya.

Related Posts

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

RAUB – Pahang mempunyai kekuatan untuk muncul sebagai peneraju sektor pertanian negara apabila menjadi penyumbang kedua terbesar sektor berkenaan pada 2024 dengan nilai pengeluaran melebihi RM25 bilion. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat