Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat

JEMPOL – Dakwaan bahawa Pakatan Harapan (PH) hanya mampu meraih kurang 10 peratus sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu disifatkan sebagai sekadar pandangan politik, tidak mencerminkan gambaran sebenar sokongan rakyat.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau yakin rakyat Negeri Sembilan mampu menilai prestasi pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Situasi di Negeri Sembilan jauh berbeza dan saya percaya rakyatnya bijak, faham dan fasih tentang kejayaan serta keupayaan pentadbiran Menteri Besar.

“Datuk Seri Aminuddin Harun telah berkhidmat dengan cukup cemerlang menjaga orang Melayu, orang Cina, orang India, Orang Asal dan rakyat Negeri Sembilan dengan sangat baik.

“Saya rasa itu hanya sekadar pandangan politik Khairy Jamaluddin,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri program wayang pacak di Taman Saujana Rompin, Bahau, pada Sabtu.

Sebelum ini, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyeru PH bermuhasabah terhadap kegagalan menarik sokongan pengundi Melayu.

Khairy dilaporkan berkata, berdasarkan satu kajian yang dijalankan pihaknya, calon PH memperoleh kurang daripada 10 peratus undi Melayu pada PRN Johor lalu.

Sebagai rekod, dalam PRN Johor 2026, Barisan Nasional (BN) menperoleh 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PH memegang lapan kerusi.

Related Posts

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak