UMNO cadang tubuh Institut Pemikiran Tun Abdullah Ahmad Badawi

KEPALA BATAS – UMNO bercadang menubuhkan Institut Pemikiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pusat penyelidikan dan kajian politik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, saranan itu akan dibawa dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, bulan depan.

Jika tiada halangan, katanya, penubuhan institut berkenaan akan diisytihar pada sambutan ulang tahun UMNO ke-80, tahun depan.

“Selain menjadikannya pusat pimpinan di bawah UMNO, kita juga mahu menghargai dan mengabadikan (jasa) Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Ia juga boleh dijadikan rujukan bagi penyelidik dan pengkaji sejarah sepanjang 79 tahun perjuangan UMNO.

“Insya-Allah, tahun hadapan kita akan meraikan ulang tahun UMNO yang ke-80 dan isytiharkan ketika itu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri merasmikan Majlis Pemasyhuran MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Dato’ Abdul Fatah di sini, hari ini.

Hadir sama, anak lelaki Allahyarham Abdullah iaitu Tan Sri Kamaluddin Abdullah dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, UMNO mempunyai pusat kaji selidik sebelum ini tetapi tidak aktif dan akan dihidupkan semula menggunakan nama Tun Abdullah.

Ahmad Zahid turut mengarahkan Asyraf Wajdi mengadakan seminar pemikiran Abdullah dalam tempoh sebulan ini untuk kumpulan intelektual, sejarawan, ahli profesional, khususnya dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

“Ia bagi mencungkil fikrah (pemikiran) beliau (Abdullah) menjadi PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik), Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Timbalan Menteri hingga Perdana Menteri,” katanya.

Related Posts

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa erti kemerdekaan belum sempurna selagi undang-undang ‘warisan penjajah’ yang didakwa menyekat pelaksanaan Islam tidak dihapuskan. Naratif itu kuat kerana menggabungkan tiga perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pakatan Harapan kekal teguh perangi rasuah, salah guna kuasa

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong usaha Kerajaan MADANI membanteras rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai