Keputusan gabungan PRN17 dirujuk kepada AMT GRS

KUNAK – Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Hajiji Noor berkata, sebarang kerjasama dan gabungan parti pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan dirujuk kepada Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, beliau menghormati pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai langkah memastikan kestabilan politik di Sabah.

“Saya berjumpa dengan Perdana Menteri dan kita amat menghormati pandangan serta nasihat beliau mengenai macam mana untuk mewujudkan kestabilan politik di Sabah kerana kalau stabil kita boleh maju dan melaksanakan pelbagai pembangunam untuk rakyat dan kita menghormati itu,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Bersama Ketua Menteri: Membina Masa Depan Kunak, di sini, pada Isnin.

Tambahnya, ketika ini Kerajaan Negeri hari ini adalah GRS-PH Plus, namun apa pun keputusan kpada PRN nanti, akan dirujuk kepada AMT GRS untuk memutuskan.

“Saya menyatakan kepada Perdana Menteri bahawa di Sabah kita perlu melihat aspirasi tempatan untuk mewujudkan persefahaman politik untuk maju ke depan.

“Merasai kehendak rakyat negeri ini yang mahu supaya Kerajaan Negeri diketuai oleh parti tempatan, khususnya menerusi GRS,” ujarnya.

Hajiji berpendirian yang mahu GRS mengetuai cabaran Kerajaan Negeri bagi menghadapi PRN17.

“Pencapaian Kerajaan Negeri yang diketuai GRS ketika ini sudah terbukti, termasuk dari segi pembangunan ekonomi yang wajar terus ditingkatkan melalui mandat baharu,” katanya.

Antara pencapaian dilakar Kerajaan Negeri iaitu Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas yang memberi banyak manfaat kepada Sabah.

“20 peratus pegangan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Samarang dan projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) di Sipitang.

“Ada lagi masih dirunding dengan Petronas, dulu mana ada.

“Kalau kita runding dengan baik, Petronas beri kita peluang majukan minyak dan gas di
Sabah,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian kerajaan pimpinannya tetap menjadi keutamaan meskipun dirinya menjadi sasaran serangan fitnah, termasuk dianggap sebagai seorang pemimpin yang lemah.

“Walaupun tiap hari difitnah, ada yang kata apa itu Hajiji lemah lembut, sentimental, tapi belum tahu siapa Hajiji, tidak pandai takut, kita lawan kerana saya tahu rakyat di belakang GRS,” katanya.

Pada majlis itu, Hajiji turut mengumumkan penyerahan tanah Lembaga Pembangunan
Perumahan dan Bandar (LPPB) sebagai sebagai rizab perkampungan bagi Kampung Kunak Jaya, Bagian dan Selamat.

Beliau juga mengumumkan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM1.2 juta untuk membina kemudahan jeti di Kampung Pangkalan seperti disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Norazlinah Arif.

“Saya meminta rakyat Kunak supaya meneruskan sokongan kepada Norazlinah dan memastikan kemenangan GRS pada PRN17 demi kesinambungan pembangunan di daerah ini,” tegasnya.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Related Posts

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa erti kemerdekaan belum sempurna selagi undang-undang ‘warisan penjajah’ yang didakwa menyekat pelaksanaan Islam tidak dihapuskan. Naratif itu kuat kerana menggabungkan tiga perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran