Bront Palarae cipta kejutan menang anugerah di Thailand

SEJARAH sekali lagi tercinta apabila pelakon, Bront Palarae mengharumkan nama negara selepas dinobatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem ‘The Cursed Land’ pada Anugerah Baan Nang Klang Lakorn Ke-21, Thailand.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 47, berkata, anugerah itu adalah pencapaian luar biasa kerana langsung tidak menjangkakan pengiktirafan sebegitu di pentas asing.

“Alhamdulillah, berlakon dalam filem Thailand terasa seperti mimpi yang jauh.

“Apabila menerima anugerah ini, saya rasa macam tak percaya.

“Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dari Anugerah Baan Nang Klang Lakorn ke-21. Gila! Memang di luar jangkaan,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Dalam ucapan penghargaan, Bront mendedikasikan kemenangan itu kepada pasukan produksi ‘The Cursed Land’ yang disifatkannya bekerja sangat tekun bagi menjayakan naskhah berkenaan.

“Saya ucapkan terima kasih dari lubuk hati kepada pasukan ‘The Cursed Land’.

“Kerja keras anda semua menjadikan pencapaian ini satu realiti.

“Terima kasih juga kepada Panu Aree, Kong Rithdee, Nonzee Nimibutr, Chankit dan Suraphi yang sentiasa sabar dan memberi sokongan penuh sepanjang penggambaran,” ujarnya.

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan