SMK Seri Patiambun cipta sejarah sertai kejohanan robotik antarabangsa

LIMBANG – SMK Seri Patiambun melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya menyertai Borneo International Robotic Tournament 2025 yang berlangsung selama tiga hari di Meritz Hotel, Miri.

Penyertaan sekolah tersebut melibatkan dua pasukan iaitu satu pasukan pelajar dan satu pasukan guru sekali gus menjadi detik bersejarah meskipun berdepan pelbagai kekangan, termasuk kos memiliki set robotik dan cabaran penguasaan ilmu pengekodan.

Pertandingan berprestij itu menghimpunkan penyertaan dari seluruh Malaysia dan negara luar seperti Macau, China, Taipei serta Vietnam, menjadikannya pentas terbaik buat SMK Seri Patiambun mengorak langkah pertama dalam dunia robotik.

Pengetua SMK Seri Patiambun, Ziem Kasim berkata, sokongan padu daripada pentadbir sekolah dan kegigihan guru-guru yang melatih tanpa jemu menjadi antara faktor utama yang menyemarakkan semangat pelajar menyertai pertandingan tersebut.

“Kami amat berbangga kerana pelajar dapat menimba pengalaman berharga dan mempelajari kemahiran baharu yang membuka ruang luas dalam bidang teknologi masa depan,” katanya.

Penyertaan itu turut direalisasikan dengan bantuan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang bukan sahaja menaja kos penyertaan, malah menganjurkan bengkel persediaan dengan kerjasama SASBADI Learning Solution.

Bengkel tersebut menjadi platform latihan intensif kepada pasukan sekolah dalam menghadapi cabaran kejohanan dan akan diteruskan sebagai persediaan ke National Robotic Competition yang dijadual berlangsung pada Julai nanti.

Kejayaan penyertaan ini diharap menjadi pencetus semangat kepada pelajar luar bandar untuk terus menyahut cabaran dalam bidang teknologi dan inovasi global.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion