Kilang tilam, kitar semula musnah dijilat api

BUTTERWORTH – Dua buah kilang masing-masing kilang tilam dan kilang kitar semula musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Kawasan Perindustrian Sungai Rokan, Kampung Tok Sani, Jalan Bagan Lalang di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.01 malam sebelum jentera pertama tiba di lokasi 12 minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan dua buah premis masing-masing berkeluasan 170×70 kaki persegi dan dipercayai menyimpan bahan kimia.

“Anggaran kemusnahan adalah 60 peratus bagi kilang tilam dan 70 peratus untuk kilang kitar semula.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, operasi memadam api dikawal pada jam 10.51 malam dan masih diteruskan ketika ini dengan bantuan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Jalan Perak, Perai dan Sungai Bakap.

“Operasi turut dibantu pasukan bomba sukarela berhampiran.

“Sebanyak enam jentera termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dan Insentif Rawatan Kecemasan (EMRS) bersama 31 anggota terlibat dalam operasi pemadaman. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan