Pembahagian kerusi: Jangan layani emosi, serahkan kepada pucuk pimpinan – Zahid

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta kesemua sayap parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan tidak bertelagah sesama sendiri terutamanya dalam isu pembahagian kerusi pilihan raya akan datang.

Sebaliknya, beliau menegaskan, ia sewajarnya diserahkan kepada pucuk pimpinan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan yang akan menyelesaikan perkara berbangkit tersebut.

“Saya nasihatkan lah agar sayap mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan, soal-soal yang mereka bangkitkan itu biar ditentukan oleh pucuk pimpinan parti masing-masing.

“Jangan layani emosi, analisis perspektif masing-masing, soal itu terutamanya soal pembahagian kerusi dan sebagainya kita serahkan kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata kepada media selepas selesai majlis sambutan UMNO ke-79 di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, hari ini.

Sejak akhir-akhir ini kenyataan balas membalas berlaku secara terbuka di media sosial yang melibatkan sayap UMNO, Amanah dan DAP.

Isu pembahagian kerusi pilihan raya di Johor dan Melaka menjadi pendebatan hangat di media sosial yang mana sewajarnya Barisan Nasional (BN) layak mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, isu pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke-16 ini masih terlalu awal dan tidak relevan untuk dipolitikkan ketika ini.

“Kami di peringkat atasan sering bertemu dan mengadakan rundingan. Perkara ini tidak kami perbincangkan, tidak perlu ia dibangkitkan sama ada oleh UMNO sendiri khususnya Pemuda atau pun Amanah oleh Pemudanya sendiri.

“Dan saya fikir perkara ini sangat pramatang untuk dipolitikkan,” katanya.

Related Posts

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

KANGAR – Seramai 90 ketua cawangan Bersatu Bahagian Kangar bersama sebahagian besar kepimpinan bahagian itu mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Pengunduran itu turut membabitkan Naib Ketua Bersatu Bahagian Kangar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Asyraf Wajdi, jangan jadikan isu rasuah drama penderhakaan

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki diminta tidak mengubah isu rasuah dan integriti menjadi persoalan berkaitan penderhakaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu. Timbalan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Shafi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang