Semangat ANZAC terus dihayati

SANDAKAN – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru agar semangat perdamaian, persahabatan dan kerjasama yang dipegang oleh ANZAC terus dihayati oleh generasi kini.

Beliau berkata, Hari ANZAC bukan sekadar acara mengenang sejarah tetapi peringatan tentang semangat keberanian, belas kasihan dan persahabatan yang mengikat rakyat Malaysia dan Australia sejak era peperangan.

“Kehadiran anda bukan sahaja memberi penghormatan kepada mereka yang telah pergi tetapi juga mengukuhkan jalinan persahabatan antara negara kita.

“Semoga malam ini menjadi kenangan yang bermakna buat semua,” katanya sempena berucap Hari ANZAC 2025 di sini, pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

Hajiji menzahirkan penghargaan mendalam terhadap pengorbanan dan keberanian tentera ANZAC.

“Kita berkumpul malam ini bukan hanya untuk merenung masa lalu tetapi juga untuk meraikan legasi luar biasa yang ditinggalkan oleh wira-wira ANZAC.

“Kisah mereka adalah kisah bersama kita kisah pengorbanan agung dan keberanian luar biasa yang terus menginspirasi hingga ke hari ini,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran Kerajaan Australia atas komitmen mereka dalam memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

Mengulas tentang Sandakan, Hajiji menyifatkannya sebagai simbol kekuatan dan kebangkitan selepas berdepan sejarah pahit zaman perang.

Katanya, bandar ini kini berkembang sebagai kota harmoni yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan nilai kemanusiaan.

“Saya menggalakkan semua untuk merasai sendiri keunikan Sandakan dari pasar-pasar tempatan yang meriah, sajian tempatan yang menggamit selera, hingga ke keindahan semula jadi seperti di ‘Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary’ dan pesisiran pantai yang memukau,” ujarnya.

Majlis penuh penghormatan itu turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke; Ketua Angkatan Tentera Darat Australia, Leftenan Jeneral Simon Stuart AO, DSC.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat Merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Sabah, Datuk Andrew Sim; ADUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun; ADUN Gum-Gum, Arunarnsin Taib; Timbalan Presiden I Majlis Perbandaran Sandakan, Wilson Thomas; Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Julinus Jeffrey Jimit serta ahli keluarga tawanan perang.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran